Teknologi realiti maya dilihat semakin berkembang saban tahun, khususnya apabila teknologi perkomputeran dan grafik semakin menjadi lebih berkuasa. Facebook khususnya melalui jenama peranti realiti maya mereka, Oculus dilihat sebagai salah satu daripada syarikat yang tidak berputus asa dalam membangunkan teknologi ini.

Terkini, Facebook telah mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk mengadakan acara Oculus Gaming Showcase pada 21 April kelak, yang akan hadir dengan pelbagai pengumuman mengenai permainan-permainan realtii maya yang baru.

Diantara studio-studio yang akan hadir dengan pengumuman baru di acara tersebut termasuklah Cloudhead Games, Ready At Dawn, dan ILMxLab.

Facebook mengatakan lagi bahawa acara ini akan diadakan secara atas-talian sahaja, dan akan distrimkan di sejumlah platform penstriman seperti Facebook, Twitch dan juga YouTube.

Leave a Reply