Apex Legends, permainan penembak popular keluaran Electronic Arts baru-baru ini mengumumkan bahawa mereka baru sahaja melangkaui jumlah 100 juta pemain selepas dua tahun beroperasi.

Apabila Apex Legends diperkenalkan dua tahun yang lalu, ia merupakan permainan penembak yang dilihat memberi nafas baru kepada genre tersebut, apabila orang ramai berasa bosan dengan pilihan penembak beramai-ramai sedia ada seperti PUBG dan Fortnite yang tiada keistimewaan tersendiri pada waktu tersebut selain daripada grafik dan juga skin yang ditawarkan.

Pada minggu dan bulan pembukaan permainan tersebut, Apex Legends melaporkan peningkatan jumlah pemain yang sangat mendadak sekali. Pada bulan pertama, EA mengumumkan bahawa Apex Legends mempunyai seramai 50 juta pemain.

Tetapi jumlah penambahan pemain selepas itu dilihat agak perlahan apabila dibandingkan dengan bulan pertama, tetapi dengan penambahan watak, kemaskini permainan dan juga penawaran skin yang menarik, Apex Legends masih lagi kekal diantara permainan MOBA yang cukup disukai orang ramai.

EA menjangkakan bahawa permainan tersebut akan membawa masuk jumlah jualan setinggi $500 juta pada tahun ini. Apex Legends kini juga boleh dimainkan di konsol Nintendo Switch, dimana pengumuman mengenai versi permua juga akan hadir di masa akan datang.

Sohor Kini