Respawn Entertainment dan EA bakal melancarkan Apex Legends di konsol mudah alih Nintendo, Switch sekitar hari esok. Permainan tersebut telah di bawa ke Switch oleh Panic Button dan melalui perkongsian mereka bersama dengan laman Famitsu, kita akhirnya dapat mengetahui prestasi yang boleh dijangkakan untuk versi Switch ini.

Menurut mereka, Apex Legends akan menggunakan resolusi 1280×720 apabila ia dimainkan di TV menggunakan dermaga. Jika ia dimainkan secara mudah alih pula, yang juga satu-satunya mod untuk Switch Lite ia akan dimainkan dengan resolusi 1024×576. Bagi kadar kelancaran pula, ia adalah 30FPS untuk kedua-duanya.

Bagi versi Switch, ia juga akan menyertakan sokongan gyro untuk menjadi salah satu tambahan kawalan, Respawn Entertainment dan Panic Button mengesyorkan untuk pemain menggunakan gyro bagi memberi pengalaman bermain dengan lebih baik. Selain itu, saiz tulisan juga akan diperbesarkan apabila Apex Legends dimainkan secara mudah alih, untuk memastikan tulisan-tulisan mudah dibaca.

Walaupun pemain tidak boleh menggunakan akaun Apex Legends dari platform lain, akan tetapi ia menyokong fungsi rentas-platform, seperti platform-platform lain, ia juga boleh ditutup dan bermain bersama dengan pemain di Switch sahaja. Namun, ia mungkin akan mengambil lebih lama untuk mencari pemain yang mencukupi.

Apabila ditanya jika, versi Switch ini akan menjadi Apex Legends untuk peranti pintar, mereka mengatakan versi iOS dan Android dibangunkan oleh pasukan berbeza dan tidak akan menggunakan versi Switch ini. Apex Legends untuk peranti pintar dilaporkan sedang dibangunkan oleh Tencent.

Apex Legends untuk Switch akan tiba bersama dengan acara Chaos Theory, bagi pemain di Switch Respawn Entertainment juga akan memberi 2 kali ganda pengalaman untuk mempercepatkan pemain baharu meningkatkan tahap. Pembeli Battle Pass di Switch juga akan terus mendapat 30 tahap.

Sohor Kini