Epic Games hari ini mengumumkan penerimaan suntikan dana sebanyak $1 bilion, sekaligus membawa nilai syarikat Epic kepada $28.7 bilion, iaitu sekitar RM118.67 bilion mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Suntikan dana terbaru ini hadir melalui beberapa pihak dan pelabur, termasuk $200 juta daripada Sony.

Epic Games turut menekankan yang mana pelaburan baharu ini akan membantu mempercepatkan usaha mereka dalam membangunkan pengalaman sosial berhubung di Fortnite, Rocket League, dan Fall Guys, disamping turut menguasakan pembangun permainan melalui Unreal Engine, Epic Online Services dan juga Epic Games Store.

Leave a Reply