Koch Media iaitu penerbit permainan di bawah Embracer Group telah mengumumkan yang mereka membuka pejabat cawangan mereka di Hong Kong untuk memperkukuhkan lagi kehadiran mereka di pasaran Asia. Cawangan tersebut akan memfokuskan kepada pasaran China, Korea Selatan dan juga Asia Tenggara.

Cawangan Hong Kong ini akan menyertai cawangan-cawangan lain di Jerman, UK, Perancis, Spain, Itali, Sweden, Belanda, Switzerland, Poland, Australia, Amerika Syarikat dan Jepun. Mereka juga mempunyai ibu pejabat di Austria.

Selain menerbitkan permainan daripada studio-studio di bawah mereka sepert Deep Silver, Milestone, Flying Wild Hogs, Vertigo Games dan Warhorse Studios mereka juga menerbitkan permainan daripada pembangun luar seperti Bethesda, Capcom, Codemasters, Konami, Square Enix dan Warner Bros.

Sohor Kini