Epic Games, studio pembangun permainan video disebalik tajuk-tajuk permainan popular seperti Unreal Tournament, Fortnite, Rocket League dan juga enjin permainan Unreal Engine kebelakangan ini sedang bertarung dengan Apple di mahkamah kerana perbezaan pendapat tentang bagaimana sistem pembayaran harus ditangani.

Pemfailan Epic Games di mahkamah Amerika Syarikat baru-baru ini meperlihatkan sedikit tentang situasi kewangan syarikat tersebut, dimana ia dilaporkan bahawa sejak dua tahun mereka membuka gedung permainan digital Epic Games Store, ia telah mengalami jumlah kerugian sehingga $454 juta.

Menurut pemfailan tersebut, Epic Games Store mengalami kerugian $181 juta, dan pada tahun 2020, ia kerugian sebanyak $273 juta pula. Lebih menarik lagi, Epic Games juga menjangkakan bahawa gedung tersebut akan rugi lagi $139 juta pada tahun ini.

Tim Sweeney, CEO Epic Games menjangkakan bahawa EGS hanya akan melihat keuntungan sekitar 2023, dan unjuran tersebut adalah sesuatu yang optimistik, dan mengatakan bahawa kerugian awal ini adalah risiko yang diambil untuk membangunkan sebuah platform pembelian gaming yang boleh menandingi platform lain seperti Steam.

Beliau mengatakan lagi bahawa komisyen 12 peratus yang dibuat untuk setiap penjualan permainan di platform mereka adalah cukup untuk memastikan EGS sentiasa berfungsi dan boleh diakses 24/7 oleh orang ramai.

Epic Games Store kini mempunyai 160 juta pengguna berdaftar, dan sekitar 56 juta pengguna aktif.

Sohor Kini