Antara rungutan utama untuk pemain yang terfikir untuk mendapatkan Xbox di Malaysia adalah Microsoft tidak menyediakan sokongan rasmi, ini termasuklah penjualan konsol dan juga sokongan gedung permainan. Sokongan terdekat adalah di Singapura sahaja. Perkara tersebut mungkin akan berubah apabila laman Facebook rasmi Xbox Singapore telah ditukar nama kepada Xbox SEA minggu ini.

Selain itu, mereka juga mula berkongsi status menggunakan bahasa-bahasa berbeza termasuk juga bahasa Malaysia. Ia mungkin sekadar untuk bahagian promosi sahaja, akan tetapi kami juga berharap ia akan menjadi langkah awal untuk Microsoft memperluaskan sokongan Xbox mereka di Asia Tenggara dan Malaysia secara khususnya.

Walaupun tidak disokong secara rasmi, kami sebelum ini ada mengeluarkan pendapat mengenai mengapa Xbox Series X lebih baik berbanding PlayStation 5 dan juga satu video nyah-kotak yang anda boleh tonton di bawah.

Sumber: Bomoh Lejen

Sohor Kini