Filem “SAW X” Sedang Dibangunkan

Francais Saw adalah filem pembunuhan yang sangat popular. Setiap pembunuhan adalah kejam, ngeri, seram dan seriau dengan perangkap yang aneh, teka-teki yang menakutkan serta cabaran yang tidak masuk akal. Ia dikendalikan oleh Jigsaw, yang mana bermula dengan balas dendam sehingga mempunyai pengikut.

Selepas lapan filem dikeluarkan, filem ke-9 iaitu Spiral akan tiba tidak lama lagi. Filem ini adalah sekuel kepada dunia Saw dengan mengaitkan jenayah berlaku dengan kes-kes Jigsaw. Ia berlaku di masa hadapan selepas bertahun Jigsaw mati. Filem ini dihasilkan oleh Chris Rock dan akan ditayangkan 14 Mei kelak. Sempena filem kesembilan ini juga, filem Saw pertama pada tahun 2004 akan dipulihkan dalam format 4K UHD yang turut menyertakan filem pendek asal, iaitu filem pertama sebenar yang dicipta oleh James Wan.

Terkini, Bloody Disgusting melaporkan yang Twisted Pictures iaitu studio di sebalik francais filem ini telah mula merancang untuk membangunkan filem kesepuluh pula. Filem ini disenaraikan sebagai SAW X atau SAW 10. Buat pertama kali juga, James Wan da studio beliau Atomic Monster tidak akan terlibat dengan filem ini. Masih tiada informasi jelas mengenai filem ini, seperti sinopsis, pelakon, tarikh tayangan atau siaran. Lionsgate dan Twisted Pictures mungkin ingin lihat bagaimanakah sambutan filem Spiral terlebih dahulu. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini