Filem SAW adalah filem seram, ngeris, geli, seriau dan mengejutkan. Manusia ditangkap dan diperangkap agar belajar dari kesilapan dan jika gagal bebaskan diri, perangkap akan bunuh mereka dengan cara yang paling kejam. Antagonis filem ini adalah Jigsaw, yang mana hanya seorang manusia biasa yang cerdik yang ingin balas dendam atas kesilapan orang lain pada diri beliau. Disebabkan kesilapan kecil, Jigsaw merana dan sakit.

Filem ini turut akan kembali dengan sekuel atau soft reboot dengan olahan dari Chris Rock, Spiral. Filem memperlihatkan yang Jigsaw mungkin kembali atau sekurang-kurangnya adalah pengikut beliau atau mangsa. Sempena tayangan filem ini pada bulan Mei kelak, Lionsgate dilihat akan mengeluarkan kembali filem pertama Saw yang ditayangkan pada tahu 2004. Filem ini akan dipulihkan dalam format 4K Ultra HD.

Filem ini akan hadir dalam kedua-dua bentuk fizikal dan digital dengan beberapa kandungan bonus seperti komentari dari pelakon da pasukan di sebalik filem, di sebalik tabir dan banyak lagi. Versi 4K UHD ini juga adalah versi penuh yang tidak diberikan pengkadaran, bermakna tiada adegan dipotong. Filem pendek SAW: The Original Short Film iaitu filem asal sebelum James Wan mula mengarah filem Saw juga akan disertakan.

Sohor Kini