Skip to main content

Spiral adalah filem sampingan kepada francais Saw, iaitu filem seram seksa daripada penjahat yang digelar Jigsaw. Filem ini berlaku dalam dunia yang sama dengan Saw, di mana selepas beberapa tahun Jigsaw mati. Tetapi entah bagaimana, pembunuhan yang lebih kurang sama telah kembali.

Idea filem ini adalah daripada Chris Rock, iaitu pelawak terkenal yang meminati francais filem ini. Beliau juga adalah penulis, penerbit dan pelakon utama filem ini. Bersama-sama dengan beliau adalah Samuel L. Jackson yang memainkan watak bapa beliau yang mungkin adalah suspek utama. Video acah terkini memperlihatkan banyak kes pembunuhan, mangsa diseksa, termasuk watak Chris Rock.

Filem ini juga dilihat akan ditayangkan di Malaysia, yang mana adalah pertama kali buat francais filem Saw. Menjadi persoalan, siapakah Jigsaw baharu ini? Adakah sekadar Copycat atau pengikut Jigsaw kembali? Sama-sama kita nantikan tayangan filem ini yang dijadualkan pada bulan Mei kelak.

Leave a Reply