Jika anda memiliki sistem komputer kelas bangsawan T2 yang termasuklah sebuah kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3090 dan paparan skrin yang mampu menggerakkan permainan pada resolusi 8K, Steam baru-baru ini mengumumkan bahawa Steam Remote Play mampu menstrim pada resolusi melampau tersebut.

Katakan anda memiliki paparan skrin 8K di ruang tamu, dan PC bersama penghala yang cukup berkuasa, secara teknikalnya anda boleh menggerakkan permainan dari PC anda ke televisyen tersebut melalui sambungan WiFi menggunakan Steam Remote Play sekarang.

Dalam pada itu, ciri tersebut juga telah dikemaskini untuk memastikan penstriman bermula pada resolusi 1080p kerana sebelum ini ramai yang memberi aduan bahawa ia akan memulakan strim pada resolusi 4K yang terlalu berat.

Ciri ini diperkenalkan bersama-sama dengan Remote Play Together yang membolehkan pemilik akaun Steam untuk bermain permainan bersama-sama dengan rakan-rakan lain secara atas talian.

Sohor Kini