Permainan video pengembaraan seram Resident Evil Village bakal dilancarkan pada platform Sony PlayStation, Microsoft Xbox dan juga PC pada 7 Mei kelak, dimana ia adalah salah satu daripada permainan yang ditunggu-tunggu oleh peminat tahun ini.
Terkini, Capcom telah memperlihatkan spesifikasi desktop PC yang diperlukan untuk menggerakkan permainan ini pada kadar minima dan tetapan yang disyorkan.
Menurut Capcom, spesifikasi diatas mampu menggerakkan permainan ini pada resolusi Full HD dan kadar segar semula menggunakan tetapan “Performance Focus” dan jika mereka ingin mengaktifkan ciri Ray-tracing, penggunaan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 diperlukan untuk melakukannya.
Spesifikasi diatas adalah untuk menggerakkan permainan ini pada resolusi Full HD dan kadar segar semula 60FPS. Jka pengguna mahu memanfaatkan ciri Ray-tracing pada resolusi dan kadar segar semula lebih tinggi, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 dan AMD Radeon RX 6700 sekurang-kurangnya diperlukan.