Reuters telah melaporkan yang Bytedance iaitu penerbit untuk aplikasi popular TikTok telah mengambil alih Shanghai Moonton iaitu pembangun dan penerbit permainan mudah alih MOBA Mobile Legends: Bang Bang. Buat masa ini, laporan ini tidak disahkan oleh mana-mana pihak.
Berdasarkan sumber yang dipertik oleh Reuters, selepas pengambil-alihan ini Moonton akan terus beroperasi secara kendiri tetapi akan melibatkan Bytedance untuk pasaran antarabangsa. Pihak pengurusan Moonton juga tidak akan berubah termasuk juga CEO Yuan jing.
Selepas kejayaan TikTok, Bytedance telah terlibat dengan industri permainan video dengan aktif di mana mereka telah mengeluarkan permainan mudah alih sendiri. Moonton selain Mobile Legends: Bang Bang turut mengeluarkan permainan seperti Mobile Legends: Adventure, Magic Rush.