Skip to main content

Epic Games Store ialah platform pembelian permainan komputer atas-talian yang sentiasa hadir dengan tanda harga permainan yang lebih mampu milik dan pemberian permainan percuma setiap minggu. Akan tetapi, dari segi ciri-ciri tambahan, platform ini jauh ketinggalan dibelakang platform seperti Steam.

Terkini, melalui sebuah pos yang dikeluarkan Epic Games, syarikat pembangun permainan tersebut mengumumkan bahawa mereka bakal melancarkan sejumlah ciri sosial yang memanfaatkan senarai rakan terbina di platform EGS, seperti sistem parti yang akan memudahkan rakan-rakan untuk berkumpul dan berborak melalui suara ataupun teks apabila mereka bermain bersama-sama.

Ciri paling penting didalam sistem parti ini ialah tetingkap aktif yang membolehkan kumpulan ini untuk berinteraksi dengan satu sama lain tidak kira aktiviti apa yang dijalankan. Tetingkap kumpulan ini hadir dengan tahap akses sama untuk semua pengguna, jadi jikalau pemula tetingkap tersebut meninggalkannya, orang-orang lain masih lagi boleh berinteraksi dengan satu sama lain tanpa masalah.

Akan tetapi ciri ini akan diperkenalkan di masa akan datang, dan untuk masa terdekat ini, EGS akan memperkenalkan ciri Player Cards, dimana anda boleh melihat butiran khusus rakan-rakan anda, seperti nama, permainan yang sedang dimainkan dan rakan-rakan yang anda juga kenali.

Di masa akan datang juga, Player Card ini boleh digunakan untuk menjemput rakan-rakan anda untuk masuk ke permainan anda. EGS juga akan hadir dengan sistem pencarian yang lebih cekap dimana anda boleh mencari rakan-rakan dan permainan dengan lebih cepat.

Epic Games nampaknya semakin cepat mengejar Steam sebagai platform permainan komputer yang popular, dan dengan ciri-ciri tambahan ini, ia juga nampaknya bakal menjadi platform sosial digital tersendiri di masa akan datang.

Untuk membaca lebih lanjut mengenai kemaskini-kemaskini yang akan diperkenalkan oleh Epic Games untuk platform permainan mereka, anda boleh ke laman web mereka di sini.

Leave a Reply