Skip to main content

Filem sekuel Venom, iaitu Venom 2 berjudul Venom: Let There Be Carnage. Ia pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan di pawagam pada 25 Jun 2021. Tetapi disebabkan Covid-19, ia ditunda. Sama seperti filem Morbius dan Spider-Man. Filem ini akan diarahkan oleh Andy Serkis bagi mengantikan Ruben Fleischer pengarah sebelum ini.

Sudah semestinya Tom Hardy akan kembali sebagai watak utama, dan watak Carnage akan muncul. Carnage dalam filem ini akan dilakonkan oleh Woody Harrelson, di mana pada penghujung filem pertama watak lakonan beliau Cletus Kasady dilihat berada di penjara. Dalam komik, Cletus adalah hos kepada simbiot Carnage. Filem ini juga dijangka akan menyertakan watak Spider-Man atau sekurang-kurangnya mengaku yang Spider-Man wujud dalam dunia SPUMC.

Terkini, filem ini akan ditayangkan pada 16 September 2021. Seperti Spider-Man 3, filem ini juga masih belum menerima sebarang butiran penuh seperti video acah atau senarai pelakon penuh. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply