Informasi Permainan Video Terkini
Andy Serkis Akan Mengarah Filem Venom 2

Andy Serkis Akan Mengarah Filem Venom 2

Diterbitkan pada Ogos 6, 2019 oleh .

Filem Venom adalah satu filem spin-off mengenai Eddie Brock yang bertemu dengan sejenis cecair atau simbiot asing bernama Venom. Perhubungan simbiotik Eddie dan Venom mengubah Eddie menjadi sejenis raksasa ganas, tetapi dalam filem Venom ini watak Venom adalah baik dan boleh dikatakan adiwira. Selain itu, filem Venom ini juga tidak menyertakan Spider-Man dan kuasa seakan Spider-Man tidak diperlihatkan.

@andyserkis

Filem Venom dihasilkan oleh Sony dan mendapat kutipan mencecah RM2 Bilion tahun lepas. Untuk Venom 2, ia akan diarahkan oleh Andy Serkis bagi menggantikan Ruben Fleischer. Bagi yang tidak mengenali Andy Serkis, beliau sebelum ini pernah mengarah filem Mowgli: Legend of the Jungle – yang mana merupakan satu filem berasaskan filem Disney The Jungle Book. Beliau juga pernah berlakon sebagai Klaw dalam filem MCU Black Panther dan juga banyak terlibat dengan CGI seperti Snoke dalam Star Wars, Caesar dalam War Of The Planet Of The Apes atau juga Gollum dalam Lord Of The Rings.

Dengan pengalaman beliau memainkan watak berunsur CGI penuh dan juga mengarah filem, beliau akan mencurahkan bakat beliau dalam filem Venom 2 pula. Filem Venom pertama berakhir dengan watak Cletus Kasady yang dilakonkan oleh Woody Harrelson. Yang mana dalam komik Cletus adalah hos kepada simbiot Carnage.


TIPS & ULASAN