Oleh kerana wabak COVID-19 yang membelenggu dunia pada tahun lepas, Activision-Blizzard terpaksa membatalkan sejumlah acara fizikal e-sukan di Amerika Syarikat, dan berpindah kepada acara-acara atas-talian.
Akibat ini, Activision Blizzard mengambil keputusan untuk membuang 50 orang daripada bahagian e-sukan mereka, yang mana mereka sebelum ini menjaga acara-acara permainan seperti Overwatch dan juga Call of Duty: Warzone.
Menurut jurucakap Activision-Blizzard, langkah ini terpaksa dilakukan untuk memotong kos syarikat, tetapi juga berkata apabila wabak COVID-19 ini berakhir, dan mereka berkesempatan sekali lagi untuk mengadakan acara-acara e-sukan fizikal baru, mereka akan mengambil semula pekerja-pekerja ini untuk menggerakkan acara tersebut.
Ia dilaporkan bahawa pekerja-pekerja di Amerika Syarikat yang terkesan akibat keputusan ini diberi gaji tiga bulan dan juga kredit Battle.net sebanyak $200 (~RM800) sebagai pampasan.