Selepas kejayaan Tom Holland berlakon sebagai Peter Parker/Spider-Man dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe, beliau teruskan bakat lakonan dalam filem-filem yang lebih serius. Antaranya adalah The Devil All Time, kelak akan ada filem Chaos Walking dan juga eksklusif di Apple TV+ filem Cherry.

Filem Cherry adalah filem Indie, di mana dihasilkan oleh AGBO Studios dan diarahkan oleh Joe dan Anthony Russo. Filem ini adalah filem multi-genre, ganas, sedih, cinta, dan banyak lagi. Cherry adalah filem askar yang berubah ke kisah cinta, kemudian kisah seorang pelajar dan beralih ke penagih dadah – akhir sekali berubah menjadi perompak. Peminat Tom Holland pasti tidak sabar akan kehadiran filem ini di Apple TV+. Walaupun Apple TV+ boleh diakses di mana-mana negara yang disokong tanpa ada halangan kandungan seperti Netflix – Cherry yang sepatutnya disiarkan pada hari ini 12 Mac tidak akan disiarkan di Malaysia kerana tidak melepasi piawaian perfileman negara.

Ini adalah kali pertama filem Apple TV+ tidak disiarkan di Malaysia. Filem-filem lain boleh sahaja ditonton. Bagi yang ingin tahu jalan cerita filem ini, anda nampaknya hanya boleh baca skrip penuh yang telah diterbitkan sebelum ini.

Sohor Kini