Cherry adalah filem genre-bending dari Russo Brothers dengan Tom Holland sebagai pelakon utama. Filem ini dipecahkan kepada enam bahagian, di mana setiap bahagian mempunyai gaya berlainan, genre berlainan, cara suntingan, tema, cara rakaman berlainan. Cherry adalah filem askar yang berubah ke kisah cinta, kemudian kisah seorang pelajar dan beralih ke penagih dadah – akhir sekali berubah menjadi perompak.

Filem ini sedang ditayangkan di pawagam Amerika Syarikat dan akan tiba ke Apple TV+ pada 12 Mac. Baru-baru ini melalui Deadline, skrip filem ini telah diterbit. Sesiapa yang berminat boleh mengakses pautan ini untuk membaca skrip penuh. Filem ini adalah berdasarkan novel hasil karya Nico Walker, yang mana menceritakan kisah sebenar hidup penulis. Menurut Russo Brothers, filem ini rapat dengan jiwa mereka.

Sohor Kini