Tom Holland kembali bekerjasama dengan adik-beradik Russo, iaitu Joe dan Anthony untuk filem berjudul Cherry. Filem ini akan disiarkan di Apple TV+ pada 12 Mac. Russo Brothers baru-baru ini telah menerbit satu klip dari filem tersebut yang memperlihatkan Tom Holland sedang mendaftar masuk sebagai askar.

Klip ini adalah sedutan awal dalam filem ini, mungkin permulaan filem. Cherry mengisahkan watak Tom Holland yang baru sahaja menjadi askar dan sepanjang filem ia akan memperlihatkan perubahan perwatakan Tom Holland dari seorang askar ke perompak.

Menurut Russo Brothers, filem ini dipecahkan kepada enam bab. Setiap bab mempunyai teknik penggambaran yang berbeza, lensa kamera berbeza, muzik dan tema berbeza, perwatakan berbeza serta prestasi lakonan yang berbeza. Perubahan tema yang akan penonton lihat dalam filem ini adalah dari askar ke kisah cinta, kemudian kisah seorang pelajar dan beralih ke penagih dadah – akhir sekali berubah menjadi perompak.

Filem ini dihasilkan dengan idea dan kaedah tersendiri mereka selepas mendengar kata-kata dari mentor mereka Steven Soderbergh. Steven nyatakan, “…hasilkan satu filem untuk mereka dan barulah untuk kita…”. Bagi yang ingin saksikan filem ini, sama-sama kita nantikan tarikh 12 Mac tahun 2021 tidak lama lagi.

Sohor Kini