Jika anda seorang yang senantiasa peka dengan trend-trend di Internet, anda pastinya mengetahui tentang ataupun pernah mendengar mengenai personaliti-personaliti VTuber, dimana personaliti penstriman menggunakan avatar yang dianimasi.

Aktiviti VTuber ini boleh dikatakan telahpun mencapai status arus utama khususnya dengan syarikat-syarikat seperti Hololive dan Nijisanji, dan terkini, AirAsia bakal memasuki arena VTuber pula, setelah membangunkan pasukan e-sukan mereka sendiri.

AirAsia baru sahaja mengeluarkan ciapan bahawa mereka sedang mencari personaliti VTuber untuk Project Kavvaii, dimana kami jangkakan mereka akan cuba untuk jadikan cabang aliran pendapatan terbaru.

AirAsia juga meminta mereka yang berminat untuk mencuba nasib menjadi VTuber untuk mendaftar minat melalui sebuah dokumen Google Docs, dan diantara aspek yang mereka sedang cari ialah seorang wanita yang boleh memainkan pelbagai jenis watak, dan juga bahasa-bahasa yang boleh ditutur mereka.

Buat masa ini, pendaftaran terhad kepada wanita berumur 18 tahun keatas, boleh menstrim permainan komputer/video ataupun bercakap tentang apa-apa topik untuk sekurang-kurangnya tiga hari seminggu, dan mampu menandatangani kontrak selama setahun.

Tempoh pendaftaran minat untuk menjadi VTuber ini bermula hari ini, 10 Mac 2021 sehingga 28 Mac 2021 kelak.

Sohor Kini