Selepas Disney membeli Fox, peminat komik Marvel dan francais filem MCU mula mempersoalkan bila watak-watak Marvel Fox akan masuk ke MCU? Fox sebelum ini memegang hak Fantastic Four dan juga X-Men. Setakat yang telah disahkan adalah, filem Deadpool 3 iaitu francais X-Men dari Fox akan tiba ke MCU dan ia adalah filem ganas.
Kevin Feige juga semasa Hari Pelabur Disney telah mengumumkan yang Fantastic Four akhirnya akan masuk ke MCU. Tetapi tiada sebarang informasi mengenai filem ini, selain pengarah Spider-Man Jon Watts akan mengarahkannya. Untuk X-Men, ramai masih tertanya adakah pelakon sama? Adakah watak sama? Atau adakah ia akan diolah semula dan mula dari awal?

Terkini melalui laporan dari Illuminerdi, X-Men dilaporkan akan diolah semula menjadi The Mutants. Projek pertama adalah filem, di mana dikatakan sedang dalam pembangunan. Memandangkan MCU Fasa 4 adalah besar dan belum ada perancangan pengakhiran, filem ini mungkin boleh menyertai barisan filem MCU 2023 seperti Guardians of the Galaxy: Vol. 3. Selama ini dalam francais filem MCU, perkataan Mutant itu juga tidak boleh digunakan. Captain America menggelar Wanda dan Pietro dalam filem Avengers: Age of Ultron sebagai The Enhanced.
Dengan pengakhiran WandaVision, adakah ia petanda awal mengenai watak X-Men akan terus berkembang dalam MCU. Adakah filem yang dalam pembangunan ini, watak-watak awal akan muncul dalam filem-filem MCU 2021-2022 atau siri TV Disney+? Sama-sama kita nantikan.