Tom Clancy’s Without Remorse adalah filem yang diadaptasi dari novel tahun 1993 Tom Clancy, iaitu novel aksi ngeri, peperangan, perisikan dan banyak lagi yang seumpama dengannya. Sejak diumumkan pada tahun 2019, filem ini akan disiarkan di Amazon Prime Video pada bulan April kelak.

Filem ini memfokuskan watak John Kelly seorang bekas Navy Seal yang ingin membalas dendam atas kematian isteri beliau yang membabitkan pengedar dadah. Tanpa disedari, John adalah seorang yang sangat berkebolehan dan mempunyai skil luar biasa. Dalam misi membalas dendam dengan aksi tanpa belas kasihan dan penyesalan, John mendapat tahu yang kematian isteri beliau hanyalah salah satu agenda kecil dari konspirasi yang lebih besar.

Buat pertama kalinya video acah penuh dipertontonkan selepas hanya mengacah watak John Kelly lakonan Michael B. Jordan tahun 2019 lalu. Video ini memperlihatkan John cedera parah ditembak dan isteri beliau mati. Kemudian seorang wanita memberi amaran, sesiapa yang tembak perlu pastikan John mati kerana beliau adalah individu yang berbahaya. Video ini penuh dengan aksi gempak dan dilihat memuaskan.

Watak lain dalam filem ini adalah wakil SEAL lakonan Jodie Turner-Smith dan seorang ejen CIA misteri lakonan Jamie Bell. Filem ini diarahkan oleh pengarah filem Sicario: Day of the Soldado, Stefano Sollima. Penulis skrip pula adalah Taylor Sheridan.

Filem ini akan disiarkan di Prime Video pada 30 April kelak. Untuk tidak mengelirukan, filem ini tiada kaitan dengan siri TV Prime Video Tom Clancy’s Jack Ryan lakonan John Krasinski.

Sohor Kini