Skip to main content

Without Remorse merupakan salah satu novel ngeri oleh Tom Clancy yang memfokuskan peperangan kini diumumkan akan mempunyai filemnya tersendiri dan akan dibintangi oleh Michael B. Jordan.

Menurut laporan, ianya bakal ditayangkan sekitar September tahun hadapan di Amerika Syarikat. Namun, dari segi tayangan secara global ianya masih belum diumumkan.

Terkini, melalui akaun Instagram rasmi Michael B. Jordan, beliau berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan watak beliau iaitu John Clark seakan mempunyai trauma peperangan. Berdasarkan sipnosis rasmi, filem ini akan memfokuskan bekas askar Navy SEAL menjadi perisik CIA untuk membalas dendam kematian teman wanitanya yang dibunuh oleh pengedar dadah Baltimore.

Namun buat masa ini, informasi lanjut masih belum diumumkan dan anda boleh menonton video acah tersebut di bawah.

Leave a Reply