Michael B. Jordan adalah pelakon yang cukup dikenali orang ramai. Beliau pernah berlakon sebagai Johny Storm dalam filem olahan semula Fantastic Four (2015), Adonis Johnson dalam francais filem Creed dan Erik Killmonger dalam filem Black Panther. Beliau turut mempunyai syarikat produksi tersendiri – Outlier Society.

Terkini, Michael B. Jordan dan Outlier Society telah menandatangani perjanjian dengan Amazon untuk pelbagai projek filem, siri TV, iklan, muzik, Audible dan banyak lagi. Kerjasama pertama adalah filem Tom Clancy’s Without Remorse, yang diadaptasi dari novel Tom Clancy tahun 1993. Ia adalah filem aksi, yang memfokuskan watak John Kelly seorang bekas Navy Seal yang ingin membalas dendam atas kematian isteri beliau. Dalam misi membalas dendam ini, pelbagai mendapat tahu yang kematian isteri beliau hanyalah salah satu agenda kecil dari konspirasi yang lebih dahsyat.

Melalui perjanjian ini, Outlier Society turut akan membekalkan pelbagai kandungan untuk Amazon di bawah Amazon Originals untuk platform penstriman Prime Video.

Antara projek iklan Michael B. Jordan dengan Amazon adalah, iklan mengenai pembantu digital Amazon Alexa yang diadaptasi menjadi versi aksi nyata. Michale B. Jordan memainkan watak Alexa yang tunduk akan arahan pengguna. Video ini disampaikan dalam tema yang seksi, lucu dan aneh.

Filem Without Remorse akan disiarkan di Amazon Prime Video pada 30 April ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai projek antara Michael B. Jordan, Outlier Society dan Amazon.

Sohor Kini