Skip to main content

Selepas Google menutup Stadia Games & Entertainment, masa depan perkhidmatan Stadia turut menjadi tanda tanya. Mereka pada awalnya ingin membawa pelbagai permainan ke perkhidmatan tersebut termasuk juga permainan eksklusif. Dengan penutupan tersebut, mereka kini akan memfokuskan kepada permainan pihak ketiga.

Namun, persoalan kini adakah pembangun ingin meluangkan masa pembangunan untuk membawa ke satu platform yang buat masa ini tidak mempunyai jumlah pemain yang mencukupi. Mengeluarkan untuk satu lagi platform akan menambah jumlah masa pembangunan dan juga terpaksa memberi sokongan kepada pemilik.

Berdasarkan laporan oleh Bloomberg, Google telah membayar puluhan juta dolar kepada Take-Two Interactive untuk membawa permaianan seperti Red Dead Redemption 2 ke Stadia, akan tetapi ia tidak mencukupi untuk membawa pemain ke Stadia. Ini ditambah lagi dengan pelancaran yang mengelirukan oleh Google termasuk juga pelbagai fungsi yang dijanjikan tidak tiba.

Buat masa ini, Google masih ingin terus melabur di dalam Stadia, tetapi untuk berapa lama? Google merupakan syarikat yang sentiasa menghentikan sebarang projek yang mereka rasakan tidak menguntungkan.

Leave a Reply