Twitch tiba sekitar 10 tahun yang lalu dengan nama Justin.tv yang kini merupakan platform penstriman pengguna yang dinikmati oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia.

Baru-baru ini, Twitch telah hadir dengan laporan ketelusan pertama mereka yang memperlihatkan pelbagai aspek seperti pertumbuhan dan sebagainya.

Menurut laporan ini, Twitch telah memperlihatkan pertumbuhan yang agak mendadak dari segi pertumbuhan jumlah channel pada platform mereka pada tahun 2020, sebanyak 40 peratus apabila dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Seperti yang diharapkan, laporan ketelusan ini banyak menyentuh kepada aspek keselamatan atas talian pengguna di platform ini. Twitch akhirnya memperlihat sistem laporan dan keselamatan pengguna mereka, disamping memperlihatkan nombor-nombor spam yang jauh berkurangan oleh kerana sistem-sistem ini.

Setiap graf yang diperlihatkan didalam laporan ini hadir dengan penjelasan tentang mengapa nombor-nombor ini dilaporkan, dan juga sedikit sebanyak bagaimana mereka akan cuba untuk memperbaiki platform mereka dari aspek ini.

Walaupun begitu, mereka tidak memberi sebarang butiran mengenai beberapa keputusan yang dibuat, seperti penghalangan terhadap nama-nama besar dalam industri seperti Dr. Disrespect dan sebagainya.

Ia diharap bahawa laporan ketelusan mereka akan datang akan memperlihatkan ketelusan dari pelbagai lagi aspek perkhidmatan ini.

Sohor Kini