Kebelakangan ini, terdapat sejumlah permainan video dan komputer yang telah hadir dengan variasi permainan papan mereka sendiri, dan terkini, nampaknya permainan komputer paling popular keluaran Bethesda, iaitu Elder Scrolls V: Skyrim bakal hadir dengan versi mereka sendiri.

Dibangunkan oleh Modiphius Entertainment, syarikat sama yang membangunkan permainan papan Fallout sebelum ini, mereka telah membuka laman di GamesFound, iaitu sebuah laman web biayasama untuk permainan papan.

Buat masa ini, tidak banyak butiran yang dikongsi mengenai permainan papan Skyrim ini, kecuali ia adalah sebuah permainan papan pengembaraan, dan boleh dimainkan seramai empat orang pada masa yang sama.

Tarikh pelancaran, mahupun harga untuk permainan papan ini masih tidak diketahui lagi. Setakat ini, hanya sebuah imej acah yang dapat diperlihatkan, dan menurut Modiphius, lebih banyak lagi butiran mengenai permainan ini akan dikongsi sebelum sesi pembiayaan dibuka.

Sohor Kini