Selepas kejayaan francais Arrowverse, DC akhirnya mengembangkan kandungan siri TV mereka ke peringkat lain. Siri-siri TV baharu DC kelak akan disiarkan di HBO Max dan akan mempunyai bajet dan kualiti seakan filem – sama seperti strategi Disney+.

Antara projek yang akan hadir adalah siri TV Peacemaker, iaitu siri TV sampingan semula watak yang dilakonkan oleh John Cena dalam file The Suicide Squad. Selain itu kita ada kedengaran siri olahan semula Constantine, Green Lantern dan banyak lagi. Baru-baru ini, James Gunn ada berikan sedikit perkembangan mengenai masa hadapan watak Harley Quinn lakonan Margot Robbie.
Menurut beliau, mereka berdua sudah pun berbincang bersama untuk projek baharu. Tetapi masih tiada pengesahan sama ada adakah ia akan disampaikan dalam bentuk siri TV atau filem. Siri animasi Harley Quinn baharu sekarang agak popular dan diminati ramai. Mungkin kalau ada versi lebih kurang tetapi versi aksi nyata – pasti menarik. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan.