Seperti yang sudah diumumkan sebelum ini, filem-filem Warner Bros. tahun 2021 akan disiarkan serentak di pawagam dan juga platform penstriman HBO Max. Sebagai ujian, mereka menguji dengan filem Wonder Woman 1984 dan ia dilihat menerima sambutan yang baik walaupun beberapa pelabur, studio lain yang bekerjasama ada yang tidak bersetuju.

Apa boleh buat? Covid-19 masih lagi mengganas, banyak panggung wayang tutup dan untuk menarik perhatian orang ramai – setiap filem ini percuma untuk pengguna HBO Max. Terkini, Warner Bros. menerbit video mengenai strategi ini. Ia memperlihatkan sejumlah klip-klip dari filem-filem baharu 2021 mereka.

Sayang sekali, di Malaysia setakat ini hanya ada HBO Go dan HBO Max masih belum mempunyai perancangan. Tetapi jika Justice League potongan Snyder boleh ditawarkan di HBO Go – mungkin kelak akan ada filem yang ditawarkan di HBO Go juga. Sama-sama kita nantikan.

Berikut adalah senarai kesemua filem yang diperlihatkan di dalam video di atas bersama dengan tarikh ia akan tiba berdasarkan tarikh di Amerika Syarikat. Ia mungkin berubah dari semasa ke semasa, dan juga mungkin tiba lebih awal atau lewat di Malaysia;

  • The Little Things – 29 Januari 2021
  • Judah and the Black Messiah – 12 Februari 2021
  • Tom & Jerry The Movie – 26 Februari 2021
  • Godzilla vs Kong – 26 Mac 2021
  • Mortal Kombat – 16 April 2021
  • Those Who Wish Me Dead – 14 Mei 2021
  • The Conjuring: The Devil Made Me Do It – 4 Jun 2021
  • In The Heights – 18 Jun 2021
  • Space Jam: A New Legacy – 16 Julai 2021
  • The Suicide Squad – 6 Ogos 2021
  • Malignant – 10 September 2021
  • The Many Saints of Newark – 24 September 2021
  • Dune – 1 Oktober 2021
  • King Richard – 19 November 2021
  • Matrix – 22 Disember 2021
  • Reminiscence – Tidak diumumkan lagi
  • Cry Macho -Tidak diumumkan lagi

Sohor Kini