Skip to main content

Hak cipta Sherlock Holmes akan terlindung sehingga hujung tahu ini sahaja. Menjelang 2022 dan 2023 Sherlock Holmes akan menjadi hak awam. Walau bagaimanapun, Netflix dengan selamba hadir dengan filem Sherlock Holmes tersendiri – Enola Holmes. Ini kerana ia adalah kisah berlainan dan tidak melanggar sebarang hak cipta yang didaftar ke atas watak dan cerita Sherlock Holmes.

Disebabkan itu saman di antara Conan Doyle Estate dan Netlfix dibatalkan. Kelak selepas Sherlock Holmes menjadi hak awam, akan ada banyak siri TV dan filem menarik. Antaranya adalah dari Robert Downey Jr. sendiri yang berminat untuk hasilkan dunia “Sherlock Holmes” memfokuskan watak sampingan. Netflix mengambil langkah awal, dengan memperkenalkan The Irreggulars.

The Irregulars adalah siri TV penyiasatan yang berlaku dalam dunia Sherlock Holmes. Ia mengisahkan pasukan penyiasat remaja yang mana adalah golongan yang bermasalah yang melakukan jenayah kecil jalanan – dimanipulasi oleh Doctor Watson untuk membantu menjalankan penyiasatan misteri. Sudah tentu, kalau ada Dr. Watson akan ada Sherlock Holmes.

Penyiasatan ini dilihat berkait dengan sihir, di mana kuasa luar biasa yang semakin kuat melibatkan banyak kematian dan pembunuhan misteri. Jadi pasukan ini akan menjadi penyiasat muda di bawah pasukan Watson dan Holmes. Turut kelihatan dalam video acah yang ia akan menyertakan rumah kediaman popular Sherlock Holmes – 221B Baker Street.

Siri TV ini berlaku di abad-19 di London, antara pelakon yang terlibat adalah Thaddea Graham sebagai Bea; Darci Shaw sebagai Jessie; Jojo Macari pula sebagai Billy; Mckell David memainkan watak Spike, Harrison Osterfield pula Leopold; dan akhir sekali Clarke Peters sebagai The Linen Man. Dr. Watson dilakonkan oleh Royce Pierreson dan Sherlock Holmes dibawa oleh Henry Lloyd-Hughes.

Ia akan disiarkan di Netflix pada 26 Mac ini.

Leave a Reply