Nampaknya pelakon Iron Man yang kita kenali, Robert Downy Jr. masih belum bosan dengan francais filem yang bersambung antara satu sama lain. Iron Man sudah pun mati dalam filem Avengers: Endgame dan laporan menyatakan tamatlah watak Tony Stark/Iron Man ini. Tetapi Rober Downey Jr. melihat masa hadapan sesebuah filem melalui satu francais yang bersambung antara satu sama lain.

Beliau dilihat berminat untuk hasilkan dunia “Sherlock Holmes” berasaskan novel Sir Arthur Conan Doyle. Filem Sherlock Holmes lakonan beliau baru ada dua sahaja, dan ingin teruskan filem sampingan dari watak-watak dalam filem ketiga. Robert Downey Jr. dan isteri beliau Susan Downey ingin cuba hasilkan dunia misteri (mystery-verse), yang mana memfokuskan kepada penyiasatan/tema detektif.

Mereka berdua ingin mencuba sesuatu yang berbeza dan tidak ingin hadir dengan konsep yang sama yang sudah wujud. Ada banyak kemungkinan boleh berlaku melalui idea mereka ini, yang mana dunia “Sherlock Holmes” ini boleh menjadi francais filem atau siri TV. Mereka berhasrat ingin bekerjasama dengan Warner Media, yang mana kandungan adalah untuk HBO dan HBO Max – seperti siri TV detektif mereka “Perry Mason” yang sudah pun disahkan akan ada musim kedua.

Sohor Kini