Bulan Jun lepas, Netflix telah disaman oleh Conan Doyle Estate kerana didakwa melanggar hak cipta untuk filem Enola Holmes. Menurut Conan Doyle Estate, filem Enola Holmes melanggar hak cipta kepada 10 buku terakhir Sherlock Holmes – lebih-lebih lagi pada perwatakan watak. Sherlock Holmes dalam filem ini dibawakan oleh Henry Cavill.

Terkini, menurut Copyright Lately saman ini telah dibatalkan. Ini kerana perasaan tidak boleh dituntut hak cipta kerana perasaan seperti baik hati, empati, hormat atau keberahian adalah milik awam bukannya milik Sherlock Holmes. Kes ini dikatakan dibatalkan kerana kes ini tidak lagi disenaraikan. Jadi tidak pasti adakah isu ini telah diselesaikan secara senyap atau sebaliknya?

Jelas di sini yang Conan Doyle Estate hanya ingin mengambil kesempatan sahaja, kerana mereka hanya ada tempoh yang singkat lagi boleh melakukan aksi sebegini. Menjelang 2022 dan 2023 Sherlock Holmes akan menjadi hak awam dan tidak lagi terlindung dengan hak cipta.

Sohor Kini