Stardew Valley Kini Tiba Sebagai Sebuah Permainan Papan

Stardew Valley ialah sebuah permainan pengurusan ladang dengan pengikut yang cukup ramai. Sebelum ini, ia hanyalah sebuah permainan pemain tunggal, tetapi ia hadir kemaskini baru membolehkannya dimainkan bersama-sama dengan rakan-rakan anda.

Terkini, ConcernedApe, pembangun disebalik permainan tersebut baru mengumumkan bahawa mereka telah mengeluarkan permainan papan fizikal Stardew Valley yang mana anda juga mengurus sebuah ladang secara dalam urutan.

Sama seperti dalam permainan videonya, anda boleh melakukan aktiviti-aktiviti seperti meladang, menangkap ikan dan sebagainya. Setiap pusingan menandakan seminggu didalam permainan tersebut, dimana musim dan juga sumber-sumber yang boleh didapati akan berubah.

Permainan papan Stardew Valley ini mula dibangunkan sejak dua tahun yang lalu, dan boleh dimainkan oleh satu hingga empat orang, dimana ia boleh dimainkan secara santai ataupun serius, bergantung jika anda benar-benar ingin bermain permainan ini secara serius.

Permainan papan Stardew Valley ini boleh dibeli melalui kedai atas talian Stardew Valley pada harga $59.99.

Sohor Kini