Permainan video kini boleh dikategorikan sebagai cabang hiburan untuk semua umur, tetapi dari segi kebolehcapaian (accessibility), ia boleh dikatakan bahawa industri ini masih perlu melakukan banyak kerja untuk membolehkan mereka dengan keupayaan berlainan untuk menikmati permainan-permainan ini.

Pada 2018, Microsoft telah melancarkan pengawal permainan Xbox Adaptive Controller khusus untuk mereka yang mempunyai masalah untuk menggunakan pengawal Xbox yang biasa.

Terkini, Microsoft telah mengemaskini panduan kebolehcapaian Xbox mereka, ataupun Xbox Accessibility Guideline untuk pembangun permainan supaya ia lebih mudah untuk mereka menguji aspek tersebut.

Diantara kemaskini ini termasuklah memudahkan bahasa yang digunakan didalam bahagian tutorial supaya ia lebih cepat difahami oleh sesiapa yang membacanya.

Dengan kemaskini ini, pembangun juga boleh menghantar sampel permainan mereka ke Microsoft dimana mereka akan menguji jika ia boleh dimainkan menggunakan pengawal Adaptive Controller mereka dengan lebih mudah.

Pada pandangan kami, langkah ini adalah tepat untuk membolehkan lebih ramai orang menikmati permainan-permainan video dan komputer, tidak kira umur, bangsa, mahupun upaya.

Sohor Kini