Microsoft hari ini mengumumkan alat kawalan khas, Xbox Adaptive Controller yang mana ia memberi pelbagai kebebasan buat pemain untuk mengubah-suai alat kawalan tersebut dengan pelbagai penyesuaian.

Alat kawalan ini direka khas buat mereka yang kurang upaya dan menghadapi kesukaran untuk bermain dengan alat kawalan biasa Xbox One seperti kecacatan tangan mahupun kecacatan lain.

Melalui alat kawalan ini, pemain bukan sahaja berupaya untuk mengubah-suai alat kawalan malah menambah pelbagai tetapan dan aksesori lain seperti permuatan di dinding dan juga butang-butang permainan yang lebih besar.

Menariknya, pemain juga diberi pelbagai tetapan aksesori tambahan melalui pernambahan butang dengan hanya menyambungkan picu 3.5mm di alat kawalan tersebut. Namun, bagi aksesori ataupun butang tambahan yang lain, Microsoft menyatakan ia akan dijual secara berasingan.

Buat masa ini Microsft masih belum mengumumkan sebarang informasi tambahan berkenaan alat kawalan tersebut. Menurut Microsoft, mereka akan melancarkan alat kawalan Xbox Adaptive Controller bermula tahun ini dengan harga $99.99(~RM397).

Sohor Kini