Tom & Jerry adalah animasi komedi mengenai kucing yang diberi nama Tom dan tikus yang dikenali sebagai Jerry. Tom dan Jerry sentiasa bergaduh, bermusuhan, berbaik semula dan kembali menjadi musuh. Tidak kira apa cara Tom cuba menangkap Jerry, Jerry pasti berjaya melepaskan diri. Komedi Tom & Jerry ini menghiburkan hati sejak dari zaman kecil lagi.

Warner Bros. telah hadir dengan satu filem hibrid aksi nyata dan animasi Tom & Jerry, di mana Chloë Grace Moretz berlakon sebagai Kayla dan Michael Peña berlakon sebagai Terrance. Filem ini memperlihatkan Tom & Jerry menyebabkan huru-hara berlaku di sebuah hotel mewah. Filem ini akan ditayangkan di pawagam pada 26 Februari serentak dengan HBO Max.

Terkini, Funko Pop mengeluarkan figura bertemakan filem Tom & Jerry ini. Figura Tom direka dengan rekaan memakai pakaian pembantu di hotel, manakala Jerry dengan tukul kayu besar. Seperti biasa, mata setiap figura ini adalah hitam – yang mana kelihatan sedikit ngeri dan juga comel pada Tom & Jerry ini. Ia dilihat dijual di Amerika Syarikat melalui Walmart pada harga $8.78 (~RM35).

Sohor Kini