Tom & Jerry adalah animasi komedi mengenai kucing yang diberi nama Tom dan tikus yang dikenali sebagai Jerry. Siri Tom & Jerry sudah ada banyak, dari siri animasi sehinggalah filem. Tom dan Jerry sentiasa bergaduh, bermusuhan, berbaik semula dan kembali menjadi musuh. Komedi Tom & Jerry ini menghiburkan hati sejak dari zaman kecil lagi.

Terkini, Warner Bros. telah hadir dengan filem aksi nyata Tom & Jerry. Filem ini memperlihatkan Tom & Jerry yang masih kartun dan menyebabkan huru-hara di bandar dalam dunia realiti moden. Filem ini sudah kedengaran agak lama, akhirnya video acah pertama diperlihatkan.

Dalam video acah ini, Tom dilihat diupah oleh Kayla (lakonan Chloe Grace Moretz) untuk memburu Jerry. Kayla bekerja di sebuah hotel dan melaporkan situasi kepada DuBros (lakonan Rob Delaney) dan aksi lucu Terrance (lakonan Michael Pena) turut akan ada dalam filem ini. Jerry dilihat telah hidup mewah di dalam hotel ini dan Tom terpaksa memburu dengan pelbagai cara. Seperti biasa, Jerry dengan licik dapat melepaskan diri.

Dengan iterasi di dunia moden, ada banyak perkara lucu berlaku seperti penggunaan dron, Jerry menggunakan AirPods dan banyak lagi. Komedi dari pelawak seperti Ken Jong turut ada dalam filem ini dengan beliau memainkan watak Jackie. Filem ini hanya akan ditayangkan pada tahun hadapan, namun masih tiada tarikh lagi.

Sohor Kini