Skip to main content

Justice League akan kembali dalam bentuk potongan/suntingan Zack Snyder, eksklusif disiarkan di HBO Max dan HBO Go. Filem ini akan disiarkan dalam empat bahagian, di mana setiap bahagian adalah 1 jam. Filem ini akan mempunyai jalan cerita yang sedikit berlainan, dengan adegan baharu yang dirakam semula dan/atau disunting semula.

Akhirnya, filem Justice League dengan karya Zack Snyder dapat kita lihat. Salah satu berita mengejutkan adalah, Jared Leto akan kembali memainkan watak Joker untuk filem ini. Baru-baru ini, Zack Snyder menciap imej baharu Joker untuk filem beliau.

Masih tidak pasti adakah ini Joker yang sama dari Suicide Squad (2016) arahan David Ayer atau versi baharu 100%. Menurut Zack Snyder, Joker versi Jared Leto ini hanya akan muncul dalam masa beberapa minit sahaja sepanjang 4 jam durasi filem ini. Joker ini juga dikatakan adalah versi jalanan (mungkin) dengan tema road-weary.

Zack turut berterima kasih kepada David Ayer dan Jared Leto keranan mencipta watak Joker dunia filem ini. Jadi ada kemungkinan besar Zack dan David bekerjsama dalam memberi peluang kedua watak ini. Filem Suicide Squad David Ayer turut akan menerima suntingan khas dan Zack turut akan membantu – jadi ini mungkin versi berikut?

Leave a Reply