Filem asal Suicide Squad yang diarahkan oleh David Ayer turut dilaporkan menerima banyak suntingan sehinggakan idea asal David tidak tercapai. Selepas berita mengenai filem Justice League akan disiarkan di HBO Max dan adalah versi potongan Snyder Cut – ramai yang gembira dan tidak sabar serta turut memulakan tanda tagar #AyersCut #SuicideSquad.

Zack Snyder dalam satu temuramah menyatakan yang beliau akan membantu David untuk merealisasikan idea David dan peminat boleh saksikannya. Jika beliau dapat layanan dan sokongan yang baik, rakan-rakan pengarah lain turut berhak menerima layanan yang sama.

Tetapi terdapat laporan menyatakan yang, suntingan Ayer untuk Suicide Squad dikatakan hanya mengitar semula reja-reja filem yang dipoton dan disunting kembali menjadi ideal asal David. Suicide Squad dikatakan tidak akan menmgeluarkan kos jutaan ringgit seperti Justice League. Bukan itu sahaja, Suicide Squad potongan Ayer dikatakan telah pun siap dan hanya menantikan bila Warner Bros. akan mengumumkannya.

Idea asal Suicide Squad dikatakan Joker lakonan Jared Leto memainkan peranan penting. Memandangkan Justice League turut akan ada adegan Joker dari Jared Leto, adakah kita akan lihat adegan-adegan Jared Leto yang telah dipotong? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini