Gearbox Entertainment ataupun Gearbox Software telah mengumumkan mereka menyertai Embracer Group iaitu syarikat induk untuk pelbagai studio pembangunan dan penerbitan seperti THQ Nordic, Koch Media dan Saber Interactive.

Pengambil-alihan tersebut diumumkan bernilai $1.3 bilion (~RM5.26 bilion) yang dikatakan akan memberi Gearbox pelbagai nilai tambah daripada Embracer Group terutama dari segi kewangan dan teknologi. Walaupun dengan pengambil-alihan ini Randy Pitchford akan terus menjadi ketua untuk Gearbox Software.

Gearbox Software terkenal dengan siri permainan Brothers in Arms dan juga Borderlands yang baru-baru ini melancarkan Borderlands 3.

Sohor Kini