Pembangun Runescape Menerima Pemilik Baharu Buat Kali Keempat

Firma Ekuiti Persendirian di Amerika Syarikat iaitu The Carlyle Group mengumumkan yang mereka telah membeli pegangan majoriti untuk studio Jagex iaitu pembangun kepada permainan MMORPG Runescape dengan pembayaran dikatakan melebihi $530 juta (~RM2.1 bilion).

Ini juga merupakan kali keempat Jagex pemilikan bertukar tangan, ditubuhkan pada tahun 1999, Insight Venture Partners telah mengambil-alih studio tersebut pada tahun 2012, sebelum dijual kepada Hongtou pada tahun 2016 dan Macarthur Fortune Holding pada tahun 2020 yang menjadi pemilik paling singkat.

Runescape telah dikeluarkan sejak tahun 2001 akan tetapi ia masih lagi permainan utama untuk Jagex dan telah menjana pendapatan sebanyak £111 juta tahun lepas dengan keuntungan sebanyak £49 juta.

Sohor Kini