Ini Adalah Rekaan Watak GTA Jika Menerima Versi Remastered

Grand Theft Auto setiap kali dikeluarkan akan menjadi tanda aras untuk permainan-permainan dunia terbuka, oleh kerana itu ia sentiasa menjadi permainan penting di dalam industri permainan video.

Saya juga merasakan yang ramai pemain inginkan permainan-permainan GTA klasik di bawa semula dengan kualiti grafik baharu, ia mungkin sukar untuk menjadi realiti kerana Rockstar lebih gemar membawa sesuatu yang baharu ataupun meluangkan masa untuk ‘Online’ berbanding mengeluarkan semula permainan lama.

Namun, ia tidak menghalang seorang artis 3D iaitu Hossein Diba untuk menghasilkan semula watak-watak daripada permainan GTA yang lama ke rekaan yang lebih terbaru. Ia memberi gambaran jika permainan tersebut dikeluarkan semula sekarang.

Beliau telah menghasilkan semula untuk watak Claude dari GTA III, Tommy Vercetti dari GTA Vice City, CJ dari GTA San Andreas dan Niko Bellic dari GTA IV.

Sumber: Kotaku

Sohor Kini