Minggu lepas, The CW dilaporkan akan terus mematikan watak Kate Kane dan menggantikan Batwoman dengan orang lain. Mereka dikatakan akan mencipta watak baru yang tidak pernah ada dalam komik, sebagai Batwoman. Perwatakan juga adalah berbeza dengan Kate Kane tetapi nilai Batwoman asal akan dikekalkan. Perkara ini berlaku kerana Ruby Rose telah menarik diri untuk sambung berlakon sebagai Kate Kane/Batwoman dalam siri TV ini.

Terkini, The CW mengatakan mereka tidak akan mematikan watak Kate Kane. Sebaliknya dalam musim kedua, Kate Kane akan hilang dari radar begitu sahaja dan kehilangan watak beliau adalah salah satu misteri sepanjang musim kedua. Walau bagaimanapun, masih akan terdapat watak baru akan menjadi Batwoman – Greg Berlanti memberi nasihat yang mereka patut hormat usaha Ruby Rose menjayakan watak Batwoman. Jadi, olahan semula watak Batwoman adalah perkara baik.
Ini bermakna, ura-ura Batwoman musim kedua akan ada watak baru yang dicipta untuk menjadi Batwoman adalah benar. Secara tidak langsung ia adalah soft reboot bagi watak Batwoman sahaja dan lain-lain akan kekal sama dan berterusan.


