Baru-baru ini, Sony Malaysia telah membuka pra-tempahan kedua untuk konsol permainan PlayStation 5 mereka di Sony Store The Curve dan juga KLCC dimana pelanggan perlu ke kedai secara fizikal untuk menempahnya.

Hari ini, Sony Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka mengesahkan yang salah seorang daripada staf mereka di cawangan The Curve telah didapati positif jangkitan COVID-19 pada 13 haribulan Januari.

Menurut Sony Malaysia, hari terakhir pekerja tersebut masuk kerja di cawangan tersebut adalah pada 7 Januari, dimana beliau telah menjalankan ujian saringan pada 11 Januari, dan disahkan positif pada 13 haribulan.

PS5 Second Preorder

Cawangan Sony Store The Curve tersebut telah ditutup untuk tujuan sanitasi pada 12 Januari, dan masih lagi ditutup sehingga kini, dimana semua pekerja cawangan tersebut juga telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan kini berada di rumah masing-masing untuk mengurangkan kemungkinan jangkitan.

Sony Malaysia juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengesan sesiapa yang mungkin menjadi kontak rapat pekerja tersebut supaya mereka juga menjalani ujian saringan untuk mengesahkan samada mereka dijangkiti ataupun tidak.

Sohor Kini