WandaVision diarahkan oleh oleh Matt Shakman dan adalah siri TV pertama MCU di Disney+. Siri TV ini akan memfokuskan kepada watak Wanda dan juga Vision. Siri TV ini juga berkaitan rapat dengan sekuel Dr. Strange, iaitu Multiverse of Madness dan Spider-Man 3.

Filem Dr. Strange 2 ini jelas sekali akan bermain dengan rentas filem dan bermain dengan dunia-dunia lain Marvel. Untuk menjayakan konsep rentas-filem ini, Matt Shakman bekerjasama dengan pengarah Dr. Strasnge 2, iaitu Sam Raimi dan pengarah Spider-Man 3 Jon Watts.
Ini adalah satu perkara yang menarik, jelas sekali jika peminat terlepas pandang seperti tidak menonton siri TV WandaVison – filem Dr. Strange dan Spider-Man 3 mungkin akan sukar untuk difahami apa yang berlaku.