Skip to main content

Universal Pictures memegang hak banyak filem seram klasik dan turut mempunyai saluran YouTube – Fear: The Home Of Horror. Saluran YouTube ini menemuramah barisan pelakon, memperlihatkan sedutan dari filem dan banyak lagi.

Terkini, NME melaporkan yang Universal akan menerbit filem-filem ini di YouTube untuk tontonan percuma. Ia akan dimasukkan di dalam saluran YouTube Fear: The Home Of Horror. Tidak pasti jika filem ini boleh diakses oleh pengguna di Malasyia ataupun tidak, kerana saluran ini boleh sahaj diakses.

Antara filem yang akan disiarkan adalah Dracula (1931) dan The Mummy (1932) bermula 15 Januari, kemudian Frankenstein (1931) dan Bride Of Frankenstein (1935) pada 16 Januari. Akhir sekali pada 17 Januari The Invisible Man (1933), The Wolf Man (1941), dan Abbott And Costello Meet Frankenstein (1948) pula akan disiarkan.

Setiap satu filem ini akan berada di YouTube selama satu minggu dari tarikh siaran bermula dan semasa ia sedang disiarkan, setiap filem ini boleh dibeli secara digital untuk dijadikan hak milik pada harga diskaun. Platform pembelian tidak diberitahu, memandangkan ia berada di YouTube – mungkin akan ditawarkan di Google Play Movies.

[info] YouTube Fear: The Home Of Horror [/info]

Leave a Reply