Mungkin ada sebab kepada Warner Bros. ingin hadir dengan filem Wonder Woman yang ganas. Semasa Batman V Superman, iaitu sebelum Patty Jenkins dilantik menjadi pengarah – Zack Snyder pernah berkongsi imej Wonder Woman yang agak ganas.

Imej ini memperlihatkan Wonder Woman memegang beberapa kepala musuh yang sudah dipancung. Imej ini sepatutnya digunakan pada filem Batman V Superman, tetapi dibatalkan. Imej ini memperlihatkan Wonder Woman berada di zaman Perang Krimea yang berlaku pada tahun 1853-1856. Tetapi dalam filem Wonder Woman, Diana Prince meninggalkan Themiscyra selepas berjumpa dengan Steve Trevor dan ketika itu adalah perang dunia pertama – yang berlaku pada 1914-1918.

Jelas di sini yang ada perubahan dalam skrip serta jalan cerita. Mungkin ketika itu Zack Snyder inginkan Wonder Woman bersifat seperti seorang pahlawan yang ganas yang sangat berbeza dengan versi sekarang. Apa pendapat anda? Adalah versi Wonder Woman sekarang piloihan anda atau anda ingin lihat versi yang ganas?

Sohor Kini