Skip to main content

We Can Be Heroes adalah filem adiwira yang juga merupakan filem susulan untuk Sharkboy and Lavagirl. Filem tersebut telah disiarkan melalui Netflix, bermula pada 1 Januari lepas. Menurut Netflix, filem tersebut dijangka akan ditonton oleh 44 juta penonton selepas 2 minggu.

Lanjutan daripada pengumuman tersebut, Netflix juga mengumumkan ynag We Can Be Heroes akan menerima filem kedua, dan akan mengekalkan penulis serta pengarah Robert Rodriguez dan kemungkinan besar kebanyakan pelakon daripada filem pertama.

Buat masa ini, masih tidak disahkan tarikh pelancaran untuk filem kedua tersebut.

Leave a Reply