Skip to main content

Valve dan Perfect World iaitu penerbit rasmi Dota 2 di China telah mengumumkan yang organisasi pasukan Newbee dan juga kesemua pemain di bawahnya iaitu Moogy, AQ, Wizard, Waixi dan Faith telah diharamkan buat selamanya daripada menyertai kejohanan Dota 2.

Perkara tersebut dikatakan akibat mereka terlibat di dalam pengaturan perlawanan, di mana mereka sebelum ini telah diharamkan daripada terlibat dengan sebarang kejohanan yang dianjurkan oleh ImbaTV dan Chinese Dota 2 Professional Association.

Dengan pengumuman terbaru ini, ia juga akan melibatkan kejohanan yang dianjurkan oleh Valve, termasuk juga The International di mana pasukan Newbee pernah menjuarai dan juga menjadi naib juara sebelum ini.

Sumber: Kakuchopurei

Leave a Reply